Thursday 19 July 2012

Yang Pertama


19 Julai 2012. Aku melahirkan blog ini dengan harapan aku boleh coretkan segala rasa hati aku kat sini. Nak kata aku minat menulis, tidaklah minat mana. Nak kata aku rajin menulis, macam tak rajin pun. Tapi kadang-kadang aku rasa aku perlu menulis sebab berbicara dalam senyap itu lebih indah dari bersuara di alam sedar. Aku pun tak tau, balik je kerja tadi terus aku online dan melahirkan blog Budak+ambah ni. Kenapa budaktambah? Sebab aku suka aura positif jadi aku gunakan nama budaktambah. 

Nak kata aku skema, aku rasa aku jauh dari skema. Nak kata aku suka ikut peraturan, aku rasa kadang-kadang aku selamba ja langgar peraturan. Lampu merah tu dah berapa kali aku langgar buat seperti tidak bersalah. Alah undang-undang dunia je pun. Tapi nak langgar lampu isyarat pun agak-agaklah, aku berani langgar di simpang tiga saja, kalau simpang empat kadang-kadang langgar saja tapi selalunya aku akan jadi pemandu berhemah. Bukan sebab takut mati, kalau bukan ajal tak mati juga kan. Tapi kalau kita boleh elakkan sesuatu yang boleh menyebabkan kecelakaan, baiklah kita elakkan.

Budak Tambah = Jadilah pemandu berhemah ok. Jangan jadi macam aku, dalam sebulan dah dapat dua saman AES. Huhuhu